Tuesday

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum wbt,
eMB ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kaum keluarga, sahabat, agen-agen and pelanggan kami yang sentiasa menyokong kami. Kami memohon ribuan kemaafan sekiranya ada kesalahan yg terjadi yang mengguris hati semua selama ini.

Semoga kedatangan Syawal ini membawa rahmah dan berkat yang berkekalan kepada kita semua di Dunia dan di Akhirat. Ameen.

Dari Kitab AL-Umm:
Imam Syafie r.a menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

wassalam.

No comments:

Post a Comment